Sunday, August 28, 2011

* intai puisi *: Rayakah Merdeka Kita ?

* intai puisi *: Rayakah Merdeka Kita ?:  " Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki, seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan b...

* intai puisi *: Rayakah Merdeka Kita ?

* intai puisi *: Rayakah Merdeka Kita ?:  " Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki, seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan b...

* intai puisi *: Rayakah Merdeka Kita ?

* intai puisi *: Rayakah Merdeka Kita ?:  " Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki, seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan b...

Rayakah Merdeka Kita ?


 " Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki, seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa di antara kamu.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
               { Al Hujarat : 13 }


Keterbukaan Tanah Melayu meladeni hakikat imigrasi, bermula seawal kacau bilau, impak 'Perang Candu' di Canton pada 1839-1842.


 Terdorong perasaan tidak selamat, menderita dan berambisi masa depan yang lebih cerah, rakyat China dan India telah dilambakkan ke Tanah Melayu.  Ke lombong-lombong bijih, estet getah malah apa saja atas nama menggali rezki di samping anak watan yang amat terpuji sifat toleransi dan ehsannya.



Pemilikan, penguasaan bangsa pendatang terhadap isi perut Tanah Melayu ini tiada berbatas hingga suatu ketika telah mendominasi sektor negara.




Natijah penghijrahan itu telah mendorong ladang-ladang milik British di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dikekangi masyarakat India hingga ke hari ini.  Kelicikan British menerapkan  muslihat dengan membawa
sejumlah penduduk tanah jajahan (India) ke tanah jajahannya yang lain (Tanah Melayu) lebih menyerlahkan sifat rakusnya iaitu mengaut laba semata-mata.


 Tanpa memperinci serta mengendahkan bibit-bibit budaya kelompok pendatang tersebut; moral, tata susila,sikap, perilaku mereka berbanding kehidupan masyarakat setempat sedia ada.  Mereka berhijrah dengan tabiat dan tingkah perangai semulajadi yang 'diangkut' bulat-bulat dari negara tanah tumpah mereka (India) ke penempatan-penempatan baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Tanah Melayu ini.


Tersohor sikap bongkak dan angkuh yang mendongkolkan hati kita hinggalah ke detik ini...  Tega memperlekeh tanpa rasa bersalah biarpun sebesar hama terhadap ketuanan Melayu yang sedia teruar2 sejak zaman nenek moyang terkial-kial 'merangkak'  ke bumi Tanah Melayu yang berdaulat ini demi kelangsungan hidup keturunan mereka tika itu...




  Begitu juga kelompok satu lagi, Cina yang telah dihijrahkan kolonial British ke tapak-tapak lombong dan penempatan baru yang akhirnya menjadi pekan kecil seterusnya bandar-bandar seperti hari ini.  


Selaku bangsa yang terkenal prihatin akan makna kesengsaraan, maka leluhur kita dahulu mengambil pendekatan penuh simpatik; "Terokai...galilah sebanyak mana keuntungan yang dikehendaki kamu semua, anak watan tetap memahami malah berdiplomasi...", hingga suatu tahapTanah Melayu mendapat jolokan Semenanjung Emas, bukan saja diiktiraf lubuk rezki malah simbol  luhurnya empati dan budi pekerti rakyatnya.  Namun sesekali cuba kita fikirkan sejenak...sepuh kemilau emas itu sesungguhnya singgah lantas begemerlapan di jasad siapa agaknya..?!



Zaman peringkat awal kepimpinan sebaris nama Ong Yoke Lin, VT Sambanthan, THS Lee, Tan Sew Sin dan beberapa kerat nama lagi, mereka masih agak kebal menghormati ketuanan hak Melayu.  Namun sejurus 'lesen' diperolehi untuk bersuara di kancah Parlimen, terserlahlah tanduk dan taring.  Tanpa batas, tiada relevan sama sekali dengan sejarah awal matlamat hakiki mereka bertongkang serta berkapal ke sini... jiwa raga anak pribumi terus dirobek dan dicabar semahu-mahunya...pun sehingga kini!




Lalu ke mana agaknya pemimpin Melayu kala itu?  Kala semangat juang tulen pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dato Sagur, Abd Rahman Limbung, Dol Said, Dato Seri Maharaja Lela dimomok penjajah sebagai pengkhianat, tatkala deru nafas MERDEKA kian hangat membara.

Allahu Akbar!  Allahu Akbar!  Allahu Akbar!

Di mana kita, anak watan bangsa Melayu tercinta ini dan di mana pula mereka?  Kita dihujani peluru dan senjata.  Namun siapa yang bersekongkol dengan Inggeris mengepung dagang di lombong bijih?  Siapa pula paling akur dan setia menerokai luas estet di bumi Melayu ini?




Sebaliknya, usah dipertikai darah yang menitis dari tubuh para pejuang Melayu.  Peluru ditampan semangat perkasa... Demikian timbang tara perjuangan, selanjutnya dilestarikan pertubuhan-pertubuhan Melayu era baru seperti API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS ( Angkatan Wanita Sedar) dan KMM (Kesatuan Melayu Muda) bagi menentang agenda mutakhir Inggeris yang lebih dikenali sebagai Malayan Union; gagasan yang mempraktikkan secara membuta tuli Dasar Pecah dan Perintah.  




Malangnya kebangkitan semangat juang anak Melayu itu telah disetara kategorikan British dengan komunis.  UMNO (Pertubuhan Bangsa Melayu Bersatu) terselamat daripada tuduhan liar kolonial itu setelah diterajui Tunku Abd Rahman yang mentalitinya telah berorientasi British bahana 15 tahun berada di bumi London.  Wadah kepimpinan yang lunak terpujuk lagi direstui British sebaik sahaja mengambil alih kepimpinan UMNO daripada Dato Onn bin Jaffar.


Imbas kembali liciknya muslihat British tatkala mensyaratkan garis rundingan kemerdekaan:

Wakil-wakil pertubuhan bukan Melayu wajib semeja  kala fasa rundingan merdeka berlangsung...sekali lagi - di bumi London!




Nahh...Bukankah ia tusukan belati yang menikam rakus prinsip Melayu kita !  Walhal ketika era Malayan Union, anak watanlah yang diburu hingga ke lubang cacing sedangkan wadah perjuangan itu tak dipandang sebelah mata pun wakil pertubuhan bukan Melayu. 

 Mereka sekadar berpeluk tubuh, mematungkan pendirian kerana dibuai agenda yang memihak kepentingan peribadi.  Titik!  Sudah dilambakkan seramai-ramainya  'makhluk Tuhan' itu di bumi Tanah Melayu, ironinya diwajibkan pula keberadaan mereka dalam manifestasi hakikat MERDEKA.  Eewahh..!  Alangkah...! Diberi sudu, kuah dihirup kering...kepingin pula menjadi tuan rumah!

Peringkat awal Lee Kuan Yew turun padang
demi menambat hati
penduduk Melayu Singapura...


Ya Rabbi!  Hanyirnya percikan darah pejuang bunga bangsa... pahlawan Melayu sebaris Tok Bahaman hinggalah ke generasi Leftenan Muda Adnan bin Saidi kala Malayan Union dinobat secara halus dan begitu diplomatik!  Maka Merdekalah kita... Merdeka!  Merdeka!  Merdeka!
 
Kemerdekaan , umpama sebiji kek kemenangan yang dipotong dan dilahap beramai-ramai, alpa akan panji perjuangan wira bangsa sebelumnya.  Tanpa peduli paksi perjuangan asal dan berakar umbi rumpunan bangsa MELAYU, ketuanan malah kedaulatannya di bumi tercinta TANAH MELAYUnya ini...

Usah sesekali bermain api
kalau tak ingin terbakar jari...
Alangkah molek muhasabah diri
musabab kalian imigran ke sini...

Bahkan tanpa sedar telah mengkhianati secara tidak langsung kalamullah yang termaktub di dalam surah Al-Hujarat ayat ke 13 yang telah dinyatakan sebermula tulisan ini tadi, ayat penegasan-Nya tentang realiti "...berbangsa-bangsa dan bersuku-suku...


Himbau kembali:

Lokasi Malay Archipelago

{ Punya tolok bandingkah tamadun Melayu yang telah wujud seiring ketemadunan hebat lainnya di dunia?  Sejak kurun pertama Masehi telah dicatat kewujudannya, dikenali sebagai Langgasu (Langkasuka, di utara Semnanjung), 200 Masehi dijejaki para pengembara Cina di Langkasuka serta pada era yang sama, kerajaan Gangga Negara (meliputi Bruas, Dinding dan Manjung).  Pada 500 Masehi, telah ditemui rekod wujudnya Tanah Melayu ketika Dinasti Liang di China.  Kurun ke 3, termaktub empayar Sriwijaya dan Majapahit.  Kegemilangan Empayar Melayu Melaka pada kurun ke 14.  Seterusnya Kesultanan Melayu Johor sekitar 1528 Masehi hinggalah kini.}





Demikian sahihnya...Hingga kerak bumi !  Terpeta dan tersohor kewujudan bangsa Melayu di Tanah Melayunya ini.  Ia adalah hakikat yang perlu kita semadi teguh di hati kecil masing-masing, dipasak serta 'diriwayatkan' ke lubuk jiwa anak cucu cicit kita...


Ketimbang nama Malaysia yang baru berputik di peta dunia  pada 16 September, 1963 hingga membuahkan sehari cuti umum buat kita warganya.  Ia masih tidak mampu menggugah walau sehelai daun pohonan bumi berdaulat Tanah Melayu kita ! Bahkan peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 telah melebarkan jurang sejarah ketemadunan nama Tanah Melayu.  Sentimental tahap gemalai corak tampuk pemerintah kala itu, telah memungkinkan wujud api dalam sekam, telunjuk mencucuk mata...


Isu sentimen dimanipulasi sewenang-wenangnya pemimpin parti bukan Melayu iaitu DAP dan Gerakan (waktu itu bukan komponen BN).  Api sentimen yang ditiup gah Lee Kuan Yew.  Berarak sepetang 12 Mei, 1969; bersorak sorai kononnya kemenangan pilihanraya  akan memihak mereka!


Mengejek, menghina, meludah, memalu gendang, menunjukkan penyapu sambil melaung dengan kasar dan biadap " Balik kampunglah lu Melayu, Melayu mampuslah...!" semahu-mahu dari atas lori terhadap anak pribumi yang berada di sekitar Kampung Baru iaitu penempatan tradisi orang Melayu di tengah-tengah ibu kota.  Justeru mampukah datuk moyang kita dahulu pejamkan mata, menutup telinga diasak bertalu-talu kebiadapan tersebut?  Celopar berarak sana sini dengan maksud jahatnya sambil mengacah-acah kesabaran jati diri leluhur kita, "Mana ada ketuanan Melayu"! , "Tidak ada ketuanan Melayu"! 

NATIJAHNYA !!





 Termetrilah sejarah rusuhan kaum detik 13 Mei, 1969.  Luka yang ingin ditebat kononnya selagi wujud alam ini...sekali lagi, pun sehingga kini...!  Satu kesilapan, kemudiannya bertali dengan kesilapan lain yang membikin luka di hati bangsa Melayu kian robek dan ternganga...Semeja namun perdu hakikatnya tak sejiwa kala gema kemerdekaan kita laung-laungkan tanggal 31 Ogos, 1957...Itulah hakikatnya!



Disusuli senyuman paras telinga penjajah British ketika agenda liciknya termaktub Gagasan Malaysia pada 16 September, 1963; yang didokongi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.  Bererti setelah enam tahun negara menjulang kemerdekaan, barulah muncul gagasan baru, negara 'jenama' baru bernama MALAYSIA.  Kesempatan yang telah dieksploitasi secara maksimum dan bijaksana oleh Lee Kuan Yew.  Hingga melihat pembunuhan kejam ke atas Lt. Muda Adnan Saidi dan rakan-rakan seperjuangan beliau di Bukit Candu, Singapura tak lebih dari kematian yang sia-sia!






Cuma dengan satu tandatangan Almarhum Bapa Kemerdekaan kita, pada 7 Ogos, 1965; terbenturlah kuasa autonomi mutlak bagi Lee Kuan Yew dan konco-konco kepimpinannya di Singapura tanpa menumpahkan walau setitis darah!  Demikian teganya...namun bibit sejarah tidak bias saat melakar detik hakikat KEPAHITAN itu tercipta...



Tindakan amat tidak bijaksana Tunku kemudiannya melahirkan protes di kalangan menteri kabinet, terutama Saadon Jubir, Senu Abd Rahman dan Tun Dr Ismail.  Tindakan yang merakam impak getir selagi Melayu itu kenal akar umbinya, tindakan yang amat ironis dan menghiris hati anak Melayu kala menyaksikan sebuah negara berdaulat asalnya dimiliki Kesultanan Melayu Johor terlepas ke tangan manusia bersusur galur pendatang, manusia yang tidak pernah bersyukur, diberi betis akhirnya memijak kepala!





Lalu, apakah cermin sebenar wajah kepimpinan kaum berasal usul pendatang ini?  Sejarah telah membuktikan betapa drastiknya angin perubahan kala tampuk kekuasaan dimiliki mereka!  Rentetan peristiwa pahit seterusnya telah mencatatkan tanah penempatan Melayu diambilalih kuasa pemerintah atas dasar pembangunan- kononnya!  Komuniti Melayu yang sekian lama bertapak di Beduk, Kg Gelam, Geylang Serai (sekadar beberapa nama) sudahnya dipecah-pecah agar Melayu tidak bersatu.



Ke mana lesapnya teori Lee Kuan Yew (Malaysian Malaysia) kala berada dalam Malaysia dahulu?  Mengapa tiada implimentasi konsep Singaporean Singapore yang dicanang-canangkannya sebelum itu?  Justeru Melayu telah menjadi 'pelarian' di bumi Melayunya sendiri, terhukum akibat kedangkalan mentaliti "tak paa..!"


Hehhehe...inilah agenda sebenar...
berlapik kata, lembut gigi dari lidah
legasi kepimpinan Lee Kuan Yew-Lee Hsien Loong !


Bukan sukar mencerna kebejatan akal fikir manusia penuh retorik setelah menyaksikan riwayat UMNO berkubur kala tampuk pimpinan diambil alih Lee Kuan Yew.  Namun peringkat awal menjerat semangat Melayu, Yusuf Ishak telah dilantik sebagai Presiden pertama Singapura.  Kendatipun isi perut tindakannya ketara diwarisi anaknya, Lee Hsian Loong menerusi PAP; ibarat 'kaduk naik junjung', 'pepat di luar, rencong sebusuk-busuknya di dalam..!'

Lalu masihkah kita redha dimomokkan sejarah?  Tidak memadaikah kronologi sejarah kemerdekaan anak Melayu di bumi Tanah Melayunya ini membuahkan konklusi?


Rentetan mutakhir ini:
( Bangsaku...usah kalian mudah lupa! )

Sekadar contoh...

Perhatikan perkataan:
Persekutuan TANAH MELAYU
yang jelas tertera...

Perlukah diendah beraneka rengekan tuntutan bangsa yang cerminan dirinya cukup sinikal itu?  Bangsa yang ke sekian kali tidak pernah mahu bersyukur dan berterima kasih.  Tak paa...kah kita berterus-terusan bangsaku, setelah MELAYU dicantas semahu-mahunya, di Tanah Melayunya kini MALAYSIA. 

Bahasa Melayu kini bahasa Malaysia, identiti diri yang diusung ke sana ke mari, aduhai...dicanang-canangkan amat pintar katanya, sayang tiada sepintar mana kala pengenalan bangsa Melayu dicantas sama sekali hingga yang tertera cuma perkataan warganegara sahaja.  Bahkan ketika pengumuman tarikh permulaan puasa di kaca tv...tertera dengan megahnya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia..!  Alangkah ironis dan tolerannya bangsa Melayu serta semangat kemelayuan kita !


Kad pengenalan diperakui pintar
 telah 'mengghaibkan' perkataan TANAH MELAYU
yang wajib tercetak
pra zaman pintar...tuntasnya!

Falsafah ketuanan  dan agama Islam selaku bahasa rasmi sejak akhir-akhir ini berani diperlekeh dan diinjak menerusi tuntutan- tuntutan hilang akal (tidak perlu dicanang apa, siapa, bagaimana, bila dan siapa yang bersekongkol kerana enggan mencanang populiriti mereka secara tak langsung).


Andai jitu semboyan perjuangan... ke mana ghaib, hatta seorang lelaki berbangsa Melayu menerajui kepimpinan tuntutan  yang beriya-iya ingin mencuci bersih semua yang berkarat dan berjelaga? 




Tiada setitiskah tercicir darah Mat Kilau, Tok Janggut pejuang Melayu kita yang terkenal gagah perkasa?  Hingga kita akur untuk dipimpin bangsa yang minda hitam kumalnya mudah dibaca?  Tidak memadaikah sejarah mendidik kita dalam diam...fikir-fikirlah anak bangsaku! Berdiam diri mereka kini usah kita alpa...Kelangsungan strategi mereka usah kita anggap mudah dan pandang sebelah mata...



"Isi tetap isi dan kulit tetap kulit...selamanya akan kekal begitu !


~~  Dedekasi Merdekaku hanya buat pejuang-pejuang tulen...  Al fatihah buat mereka yang telah tiada...~~




Biar mati berkalang tanah
Biar tanahku mampu kau 'jajah'
Biar bersorai pro mu berkisah
kontramu jua tidakkan goyah !



Kontrak Sosial

kita dan mereka
< tolong ingatkan aku, dia dan 'mereka',
usah diperlekeh sesedap rasa !>




 









Sunday, August 21, 2011

Pasrah...



Kukutip satu persatu kerikil tajam
tiap butir menusuk telapak kakiku kejam
demi melestari jerih harapan
aspal legam kuinjak di senja temaram...



Tiada kuhirau darah segar bertitisan
aduhai...pincang diriku di persimpangan
terbata-bata menyusun jejak
bertatih rawan setiap detik bertapak...





Kemudi layar-Nya tiada daya kusanggah
merejam duka lelah terengah
sungguh wajarlah bisikmu bonda
" Hidup ini keras wahai anakku...
maka kau keraskanlah filsafat kalbu..."



Dalam payah kutelusuri pantai sukma
ironinya umpama kusukat airmata
bilur malar bak gerigis berbalam
gigi ombak menyanggah tenteram...
Pun hati kecil tiada henti berdoa
pesisir-Nya terukir indah nur laksana...




Rerumpai air menakung penawar
bebuih halus membasuh debar
kurafak syukur pada-Mu Rabbul Jalal!
melenyap gelangsar aksara resah
tegar ku ladeni hati yang basah
relung takdirku berhias pasrah...


Ogos 21, 2011...Teratak Sendu
Seri Kembangan
5.50 am

Tuesday, August 16, 2011

Harapan




Marcapada ini
tampaknya kau tekun sekali
menggembur batas rindu...
Kau kaup ramas butir sedu berbaur harapan
bertahun-tahun redam di ingatan...


Ahh...tiada teganya aku memandangmu
holistikmu bikin aku termangu...
kau larut tika rukuk dan sujud
memohon ke hadrat-Nya sambil menghimbau
berguni baja asa yang kau tabur...




Semua baja bahkan kau hitung
baja keringat kian mengosong
baja azam setinggi gunung
dan baja entiti impi...nun...
menyayup dan menjulang
sayang rupanya...
hingga kini tak terhitungkan!



Batas-batas nostalgik sempurna sudah kulihat
tapi kau masih terbongkok-bongkok setia
cantas ilalang kecil menubir degil
tukasmu bimbang lukai kaki mongel...
Rerumput terjal tidak keruan
kau cabut rakus, kau buang
bimbang tubuh comel bergulingan...


Lalu...
terbahak-bahaklah tawaku...
provokku bidas tata protektifmu
sedangkan hatiku sayu melihat ulahmu itu...



Kau lelah dimurkai kenangan
bagai sembilu menikam perasaan
sedang jemari tuamu
terus membelai kudup impian
cicir di pinggir batas iltizam..


...saling menyatu airmata sendu kausiram
berlembar doa ghalibnya siang dan malam
begitu...ceritera kau pemilik
ladang, gedung agam harapan
punah dirunduk taufan tiada ehsan
sedang kau ralit membelai benih impian
entah bila mungkin kesampaian...


Sunday, August 14, 2011

Enigma Merdeka Ini




Kehadiran tanggal 31 Ogos, tarikh keramat Hari Kemerdekaan negara tercinta amat sinonim dengan nama Leftenan Muda Adnan bin Saidi . 

Tidak sempurna sejarah kemerdekaan Tanah Melayu tanpa diimbas-nobat  nama wira perkasa ini.  Keperkasaan yang akhirnya termetri kejam di lipatan sejarah; menyaksikan  Allahyarham yang berkhidmat di Kompeni C, Batalion Pertama Rejimen Askar Diraja terkorban ketika mempertahankan bumi Singapura di Bukit Chandu kini dikenali Kent Ridge dari serangan artileri Jepun ketika Perang Dunia Kedua.



Namun berbaloikah perjuangan wira tersohor itu...?


Ironinya...sejurus beliau ditawan tentera Jepun; diheret lalu dimasukkan ke dalam sekarung guni; digantung kakinya di sebatang pokok ceri...lalu berakhir hayatnya sedemikian ngeri lantaran ditikam bayonet bertubi-tubi tanpa belas kasihan !


Mubin Sheppard, seorang pegawai British yang menjadi tawanan perang selepas penyerahan diri tentera British telah memperakui kehebatan perjuangan rakan sepasukannya, Leftenan Muda Adnan Saidi sebagai..." Walaupun bilangan musuh jauh lebih ramai daripada bilangan askar-askarnya dan dibom secara berterusan, Adnan terus berjuang, tidak menyerah dan begitu dedikasi terhadap perjuangannya. Bahkan menyeru anggota-anggota platunnya - Biar putih tulang, jangan putih mata! "


Namun malangnya sejarah telah membuktikan 'berputih mata' sudahnya nokhtah perjuangan luhur anak Melayu tulen itu!


Sejenak Imbasan Sejarah:-

Modus operandi bumi Singapura jatuh ke tangan Lee Kuan Yew dan sekutu sekaligus penasihat nombor wahidnya ( Inggeris/Amerika ).  Dijelaga hitam dan disagat karatkan sikap Melayu sendiri yang jumud dan senteng fikiran.


Isu perkauman yang tenggelam timbul sehingga kini hampir 54 tahun usia kemerdekaan negara adalah isu 'basi' yang sedia tercanai sejak zaman berzaman.  Ketuanan Melayu telah diperlekeh; ibarat beri betis nak meratah peha, telah diigau-igau sekelompok golongan yang tidak pernah bercermin diri apatah bersyukur apa adanya!


Tambah naik tocang mereka bahana sikap kepimpinan kita yang MUDAH diperlekeh dan dibutakan  semangat patriotisme malah ketuanan bangsa Melayunya...

" Tak paa eehh... "
" Sabaq (sabar) noo... "
" Tak beeikk (baik) kata depa lagu tuu... "
Alangkah lembut gigi dari lidah !!


Puncak dari sikap " tak paa... " dan " tak paa... " sehingga Melayu dipijak kepala ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 terutama di pusat pentadbiran Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan persekitarannya.


Siapa gerangan manusia terkutuk yang tak habis-habis meniup api perkauman, jika bukan Lee Kuan Yew, sekutu dan konco-konconya ?  Tika nilai kedaulatan bangsa Melayu kian dihenyak golongan lupa diri, gelincir akar umbi ini...konon sangka mereka isi namun hakikatnya cuma kulit luar atau kelongsong yang amat mudah tertanggal.  Isu perkauman tersebut telah dimanipulasi semaksimum mungkin oleh Lee Kuan Yew.


Teraju kepimpinan sudahnya berjaya diperkotak-katikkan serta goyah semangat ketuanan.  Akhirnya dengan berbekalkan tanda tangan ( tanpa perlu berkorban walau setitis darah! ), lerailah pelukan Tanah Melayu terhadap Singapura! 

Imuniti slogan ' Berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir ' Allahyarham Leftenan Muda Adnan Saidi dan wira bangsa Melayu kita telah terkubur amat sadis dan meratah hati Melayu yang sedar diri hinggalah ke saat ini...




Bersama sebak di dada...
Andai sebaris nama perlu kujulang demi hakikat lantang semangat...Merdeka!  Merdeka!  Merdeka!
Seribu kali rela kudedikasi buat kalian...wira sejati bangsaku!

-  Al fatihah -


Buat anak bangsaku
bergelar Melayu...
Rapatkanlah barisan
wajakan kesedaran
usah digali telagah
akan berganda padah...
Ingatlah!  Kenanglah!


Seikat bak sesireh
Serumpun bak serai
Bagai telur sesangkar
Pecah satu pecah semua
Tamsilan...
Betapa unggul
Setia erat bangsa kita !



Sunday, August 07, 2011

Cahaya Hati



Cinta perlu dicari
Tak kan hadir
Andai kau menyendiri...
Cinta menjadi sepi
Kala hilang sukar diganti
Andai benar cinta suci...


Pernahkah...
Bertanya naluri
Mengapa cinta pergi...
Perlukah cinta
Membutakan hati...
Atau dibutakan
Cinta sendiri..?





Pernahkah...
Kau temui biarpun sekali
Cinta harum cinta sejati...
Melebihi karamah cinta insani
cinta Akbar cinta Illahi...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...