Wednesday, July 20, 2011

Gerimis...sirnalah!





Perpisahan seringkali disifatkan tragedi yang amat melukakan hati.  Selepas berpisah, terkadang kita berasa terpinggir dan terbuang.  Bahkan senyuman yang terpamer di bibir insan-insan sekeliling, tah mengapa terkesan di hati bagai umpatan..! 


Lorong hidup tampak semakin sempit dan  menyakitkan...Tanyalah sejujurnya ke dalam diri...' Paranoidkah aku atau sekadar mimpi ngeri...?'




Ayuhlah hati yang ditimpa gerimis..!


Kisah pahit dilupa jangan kerana tidak semua kita punya kesempatan melalui momen getir itu.  Usah menuding jari lantas menyifatkannya sebagai malapetaka...lantaran cuma insan terpilih, dirinya diduga sebegitu rupa...Redhakan segala takdir yang menimpa lalu bergurulah menerusi pengalaman yang ada..!

Menangislah kiranya ia mampu menyurutkan sakit dan pedih yang menggunung... Namun usah biarkan diri terus hanyut, kesal, merintih dan meratap sehingga ke hujung usia.  Kecewa telah ternukil menjadi monumen sejarah...





Tiba ketika semangat bangkit, seraplah segala kesakitan yang menular hingga suatu tahap sakit dan hati kita bersimpul mati..Akhirnya,  kita pasrah lalu menginsafi bahawa perpisahan itu adalah anugerahNya termahal yang tidak mampu kita ungkapi dengan kata-kata. Siapa sangka, rupa-rupanya ternokhtah hikmah di sebalik kelukaan yang ada..!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...